SEJARAH MEDIA BARU
Kata media berasal dari bahasa latin Medius yang bermaksud 'tengah', perantara atau pengantar. Dalam bahasa Arab, media adalah perantara atau pengantar pesan dari pengirim kepada penerima pesan. Media merupakan wahana penyalur informasi belajar atau penyalur pesan. Sejarah media di Malaysia bermula dengan kemunculan media cetak iaitu penghasilan surat khabar dimana, surat khabar menjadi sumber maklumat yang utama dalam kalangan penduduk Malaysia pada ketika dulu. Media cetak menjadi sumber maklumat kepada masyarakat. Setelah itu muncul pula media elektronik dimana media elektronik merujuk kepada alat sebaran yang menggunakan teknologi elektronik atau elektromekanik untuk dicapai pengguna seperti radio, televisyen, konsul permainan, komputer, telefon dan lain-lain.
Media baru pula ditakrifkan sebagai 'teknologi informasi tanpa sempadan'. Media baru juga bermaksud cara mengajar baru yang menggunakan media jaringan komputer dan internet. Media baru adalah istilah yang dimaksudkan untuk menerangkan kemunculan digital, komputer atau jaringan teknologi informasi dan komunikasi di akhir abad ke-20. Sebahagian besar teknologi yang digambarkan sebagai 'media baru' adalah digital, bersifat jaringan, padat, mampat, interaktif dan tidak memihak. Media baru juga lebih dikenali sebagai 'teknologi informasi tanpa sempadan'.